Thursday, October 23, 2008

Super Woman

Orang perempuan selalu cakap kerja mereka tak pernah habis. Dari mula celik mata hingga tidur semula, pun tak habis-habis kerja. Dari pejabat hingga balik ke rumah semula, tak sudah-sudah dengan kerja. Itulah wanita. Semua kerja diborongnya, bukan tamak tapi memang kena buat. Di tempat kerja, kita hebat. Wanita berkerjayalah katakan. Balik rumah, siap! Kitalah tukang cuci, tukang kemas, tukang sapu, tukang masak, tukang entah apa-apalah lagi yang menampakkan memang kita ini memang super. Itulah wanita. Kepada kaum lelaki, kalau malas nak tolong, tabik springlah sikit sekali-sekala. Cian kami ni ...

Apapun, kepada kaum wanita...jika berdepan dengan situasi begini, banyakkanlah bersabar, jangan merungut/mengeluh kerana ganjaran di sisi Allah sangatlah besar.Fatimah, anak baginda Rasulullah s.a.w sendiri melakukan semua kerja rumahtangganya, apatah lagi kita ini...sabar dan ingatlah, janji Allah adalah benar.

Proses Mengurang dan Menambah

Pada pandangan saya, proses mengurangkan berat badan (makan pil tak masuk dalam perbincangan ini) lebih banyak pilihan dan lebih selamat. Kita boleh bersenam, perbanyakkan ibadah yang melibatkan pergerakan fizikal seperti sembahyang, puasa, mengawal corak pemakanan seperti mengurangkan pengambilan makanan bergula dan berkolesterol tinggi, memakan buah-buahan tertentu (mangga, nenas, epal, jambu dll. Tapi awas! Jangan makan pisang kerana ia mengandungi banyak kolesterol ) setengah jam sebelum mengambil makanan berat, perbanyakkan meminum air masak terutamanya air suam, elakkan minum ais, kurangkan tidur pada siang hari, membantu isteri/ ibu melakukan kerja-kerja rumah dan pelbagai kerja lagi yang orang perempuan selalu sebut kerja tak habis-habis. Sebaliknya proses menambahkannya amat sukar dan berisiko. Kalau terlebih makan atau tidur, takut mengundang penyakit. Kalau terlebih rehat, takut kerja-kerja rumah tak terurus. Jadi, apa pandangan anda?

Mengurang atau Menambah?

Mana yang lebih senang? Mengurang atau Menambah? Ada orang cukup senang mengurangkan sesuatu. Sebaliknya amat sukar menambahkannya. Itulah adat hidup. Sangat senang menghabiskan sesuatu, tapi nak mengumpulkannya kembali agak sukar terutamanya harta benda. Tapi, bagaimana dengan berat badan? Agaknya mana yang lebih senang. Nak mengurang atau menambah? Bagi kami golongan yang kurus-kurus ni rasa susah sangat nak menambahkan berat badan. Sebaliknya bagi rakan yang berisi tu, katanya susah pula nak menurunkan berat badan. Apa pandangan anda?

Monday, October 6, 2008

Kek Lapis Sarawak

Satu lagi yang menyebabkan saya rasa nak tabik spring sangat-sangat, bila tengok kek lapis yang orang-orang Sarawak buat. Berlapis-lapis dan bersilang-silang. Bukan setakat cantik, sedap pula tu.Rasanya inilah kek yang paling sedap di dunia. Kalau pergi mana-mana ceruk rantau pun, takkan dapat jumpa kek yang sesedap kek lapis Sarawak. Saya tabik sangat ni bukan apa, sebab mengenangkan betapa sabarnya mereka mengolah kek tersebut. Bukan senang nak buat tu.Hanya orang yang sabar dapat melakukannya. Tak rugi jauh-jauh saya merantau...dapat juga merasa kek lapis Sarawak.

Wednesday, September 24, 2008

Tamak

Setamak-tamak manusia adalah yang makan apa?
...Makan jalan (melepasi garis pembahagi jalan yang sepatutnya). Macam tak ada benda lain nak makan.

Friday, September 12, 2008

Fesyen rambut

Lagi satu berkenaan rambut budak-budak lelaki (segelintir ja) ni. Macam-macam fesyen.Ada yang macam duri landak, ada yang macam duri durian, rambutan dll. Bila ditegur, ada-ada aja jawapan mereka.Tapi tak menang dengan hujah kita. Satu hari:
Saya: Tak rimas ke fesyen rambut macam ni?
Pelajar2: Fesyen cikgu. Inilah yang dinamakan moden.
Saya: Ini bukan moden, berserabut ada la.
Pelajar2: Ini zaman moden cikgu, manusia dah maju, rambut pun mesti ikut dunia moden, ikut peredaran zaman.
Saya: kemajuan bukan diukur dengan fesyen rambut, tapi dengan teknologi dan keupayaan minda yang tinggi. Apa guna berambut fesyen moden tapi tak tahu guna teknologi, tak mahu guna minda untuk kemajuan.
Pelajar2: ok..ok..surrender cikgu..surrender (sambil ketawa)

Wednesday, September 10, 2008

Harta Pusaka

Satu lagi cerita pelik. Pasal anak-anak yang suka berebut harta pusaka ibu bapa. Itukan hasil titik peluh ibu bapa kita, kita dibesarkan oleh ibu bapa kita, cukup makan minum pun sudah dikira bagus. Apa hak kita untuk berebut harta itu.Memang kita ada hak, tapi jangan sampai berebut. Biarlah mereka tenang di sana.Janganlah kita adik-beradik bergaduh kerana harta pusaka.Takkanlah kerana harta itu kita tak boleh teruskan hidup.Kita dikurniakan tenaga 4 kerat, berusahalah. Harta yang kita nak rebut itupun bukanlah banyak sangat. Tak berbaloi nak bergaduh kerananya. Hubungan kekeluargaan jauh lebih berharga daripada harta benda. Harta akan habis apabila tiba masanya, tapi hubungan kekeluargaan membawa sampai ke mati. Apabila kita susah, tak semestinya harta benda boleh membantu kita. Sebaliknya, keluarga akan cuba sedaya upaya menolong kita. Itulah bezanya antara harta dan keluarga. Jadi, jika kita diberi 2 pilihan sahaja, pilihlah. Harta pusaka atau adik-beradik?.


Anak angkat

Saya memang tabik spring dengan kawan-kawan kita yang dah ada anak, tapi masih ambil anak angkat. Anak angkat itu pula dijaga dengan baik seperti anak sendiri. Saya melihat sendiri, betapa bahagianya air muka budak-budak itu ketika bersama ibu bapa angkat mereka, seolah-olah, itulah ibu bapa kandung mereka. Sama ada mereka sedar atau tidak, mereka sebenarnya anak-anak yang bertuah kerana memiliki ibu bapa angkat yang baik seperti kawan-kawan saya ini. Tak semua orang dapat lakukan seperti yang kawan-kawan saya buat ni…sebab anak kita sendiripun dah bermacam-macam ragam, inikan pula nak menjaga anak orang. Tapi itulah…berkat keimanan dan kesabaran yang tinggi, mereka dapat melaksanakan tugas berat itu. Semoga Allah melimpahruahkan rezeki dan kebahagian kepada kawan-kawan satu sekolah saya ni yang telah memberi kebahagian dan berkongsi rezeki dengan anak-anak tersebut. Amin..

Tuesday, September 9, 2008

Rambut panjang

Satu lagi penyakit budak-budak sekolah yang lelaki ni, suka simpan rambut panjang. Tak panas ke, kalau diikat dan disikat rapi, ok juga.Tu la..tak begitu. Jadi, kalau masih rasa nak sekolah, dalam masa yang sama masih nak simpan rambut panjang, pakai la skirt...baru cun.

Subang

Ada seorang pelajar saya, suka sangat pakai subang, padahal lelaki.Dah ditegur cara baik, tapi esoknya, dia pakai lagi. Satu hari, saya lihat dia pakai subang sebelah telinga saja. Kali ni saya tegur cara lain:
Saya: Ooohh....patutla subang anak saya yang hilang sebelah tu tak jumpa-jumpa saya cari. Rupa-rupanya awak yang pakai.
Pelajar: Tak cikgu, ni saya punya (sambil tersenyum malu).
Saya: Ya ka? Tapi subang tu sama lah. Betul..sampai sekarang tak jumpa.
Pelajar lain: ha..ha..pakai subang kutip.
Pelajar: (Sambil senyum, cuba buka subangnya)Tak dapatlah cikgu...susah
Saya: Kalau susah...boleh gunting, siapa ada gunting?
Pelajar: Dapat-dapat cikgu...senang ja (Sambil senyum, dan buka subangnya)

Esok dan hari seterusnya, dia tak pakai subang lagi. Malu, takut kawan cakap dia pakai subang kutip.

Monday, June 30, 2008

Terima kasih

Kalau orang ucap terima kasih, kita biasa cakap sama-sama. Tak rasa boring ke? Sekali-sekala cuba la buat joke sikit. Kalau jawab kasih mu diterima, dah biasa dengar. Di sini ada beberapa cadangan jawapan:
1) Kasihmu dalam pertimbangan.
2) Kasihmu ku buang dalam tong sampah, ku campak dalam laut.
3) Tak boleh, saya dah kahwin, tak boleh terima kasihmu.
Jawapan lain: apa-apa aja lah, tapi jangan amalkan selalu.

Angguk-angguk geleng-geleng

Angguk atau diam tak semestinya setuju. Geleng pun tak semestinya tak setuju.Ada orang angguk atau geleng kerana beberapa sebab. Mungkin orang yang dilawannya bercakap itu susah nak dilawan hujahnya. Senang cerita angguk atau gelenglah. Mungkin juga dia sakit gigi/mulut atau malas berbahas. Tak nak cakap banyak la katakan...apa-apa aja lah..