Wednesday, July 22, 2009

Anda kaya?

  1. Anda fikir anda kaya dan hebat?
  2. Mungkin anda ada kebun pisang emas, tapi tentunya bukan kebun emas. Atau mungkin ada tanah hutan yang mengandungi kayu belian, tapi apa yang nak dihairankan..itu hanya kayu,bukannya berlian. Anda ada tanah beratus-ratus ekar di Teluk Intan? cuba gali, adakah semua tanah itu mengandungi intan? atau anda ada harta berupa bangunan bertingkat-tingkat di Perak...jangan alpa...adakah semua bangunan itu diperbuat daripada perak?
  3. Lalu apa yang nak dibanggakan dengan kekayaan itu? Kalaupun anda memiliki semua kekayaan itu...(rasanya tidak), itupun masih sangat kecil dan tiada apa-apa nilai di sisi Allah kerana semua itu adalah daki dunia. Jadi, berpada-padalah..jangan sampai kekayaan itu melekakan dan menyebabkan kita lupa kepada yang memerlukan.
  4. Galilah khazanah ilmu yang ada dalam al-Quran (baca juga tafsirnya) dan anda akan insaf bahawa anda dan saya sebenarnya sangat miskin . Tiada apa yang nak dibanggakan kerana apa yang Allah ciptakan di sana sangatlah hebat dengan tidak ada sedikitpun kekurangan atau kecacatannya. Tidak boleh dibandingkan sedikitpun dengan apa yang ada di dunia ini.

Tuesday, July 14, 2009

Manusia pelik

Semasa saya meminta pelajar menyalin nota, ada kalanya mereka bercakap-cakap. Lalu saya katakan kepada mereka,saya ada satu kisah pelik tetapi benar. Kisahnya tentang seorang manusia yang menyalin dengan tidak menggunakan tangannya, tetapi dengan mulutnya/suaranya. Maka mereka pun senyaplah sekejap. Disebabkan manusia sifatnya memang pelupa, ada masanya mereka bercakap lagi, lalu saya tuliskan ayat berkenaan di papan tulis. Ada masanya teknik ini berkesan, ada masanya tak berkesan. Terpulanglah kepada anda untuk mencubanya...

Lahaulawalaquwwataillabillahilaliyyilazim.