Tuesday, April 27, 2010

Ucapkan salam dengan sempurna

Ada masanya pelajar2 kita memberi salam bila berselisih seperti ini..antaranya:
  1. Smekom gu
  2. Akum ..
  3. Ekum egu
  4. Mekom
  5. Slamlekum
  6. dan macam2 lagi.
Apakah maksud semua salam itu? Kasihannya cikgu2 kita.ucapkanlah salam dengan sempurna kepada mereka. Jangan disalahkan guru kalau mereka tak menjawab salam...

Jadi, marilah ucapkan salam kepada guru kita atau sesiapa saja dengan sempurna.

Sunday, March 21, 2010

Selamat Hari Jadi?

Selamat Hari Jadi...itulah yang selalu disebut orang.
Betulkah?
Bukankah kita telah dijadikan lebih 9 bln dalam perut ibu, kemudian barulah dilahirkan. Kalau nak sebut Hari Jadi boleh, tapi larat ke nak hitung 9 bln 10 hari atau mungkin lebih/kurang dari tarikh lahir kita?

Tarikh yang kita guna pakai dalam kad pengenalan tu, tarikh lahir...bukannya tarikh jadi. Jadi,sepatutnya ucaplah Selamat Hari Lahir...lebih tepat.

Wednesday, July 22, 2009

Anda kaya?

  1. Anda fikir anda kaya dan hebat?
  2. Mungkin anda ada kebun pisang emas, tapi tentunya bukan kebun emas. Atau mungkin ada tanah hutan yang mengandungi kayu belian, tapi apa yang nak dihairankan..itu hanya kayu,bukannya berlian. Anda ada tanah beratus-ratus ekar di Teluk Intan? cuba gali, adakah semua tanah itu mengandungi intan? atau anda ada harta berupa bangunan bertingkat-tingkat di Perak...jangan alpa...adakah semua bangunan itu diperbuat daripada perak?
  3. Lalu apa yang nak dibanggakan dengan kekayaan itu? Kalaupun anda memiliki semua kekayaan itu...(rasanya tidak), itupun masih sangat kecil dan tiada apa-apa nilai di sisi Allah kerana semua itu adalah daki dunia. Jadi, berpada-padalah..jangan sampai kekayaan itu melekakan dan menyebabkan kita lupa kepada yang memerlukan.
  4. Galilah khazanah ilmu yang ada dalam al-Quran (baca juga tafsirnya) dan anda akan insaf bahawa anda dan saya sebenarnya sangat miskin . Tiada apa yang nak dibanggakan kerana apa yang Allah ciptakan di sana sangatlah hebat dengan tidak ada sedikitpun kekurangan atau kecacatannya. Tidak boleh dibandingkan sedikitpun dengan apa yang ada di dunia ini.

Tuesday, July 14, 2009

Manusia pelik

Semasa saya meminta pelajar menyalin nota, ada kalanya mereka bercakap-cakap. Lalu saya katakan kepada mereka,saya ada satu kisah pelik tetapi benar. Kisahnya tentang seorang manusia yang menyalin dengan tidak menggunakan tangannya, tetapi dengan mulutnya/suaranya. Maka mereka pun senyaplah sekejap. Disebabkan manusia sifatnya memang pelupa, ada masanya mereka bercakap lagi, lalu saya tuliskan ayat berkenaan di papan tulis. Ada masanya teknik ini berkesan, ada masanya tak berkesan. Terpulanglah kepada anda untuk mencubanya...

Lahaulawalaquwwataillabillahilaliyyilazim.

Sunday, May 10, 2009

Kita orang miskin atau kaya?

Anak kecil saya selalu bertanya, kita ini orang miskin atau kaya. Dulu, saya selalu jawab kita ini orang sederhana, kerana walaupun kita ini ada kereta dan sebagainya, tapi kita masih lagi tinggal di rumah sewa/rumah orang.
Sekarang, saya selalu jawab kepada anak-anak bahawa kita ini sebenarnya orang miskin. Walaupun kita ada macam-macam, tapi itu semua hak Allah. Allah hanya pinjamkan sementara. Allah boleh mengambilnya bila-bila masa yang dikehendakiNya. Hatta nyawa kita inipun hak Allah. Bila-bila masa saja Allah boleh mengambilnya. Kita hanya akan jadi kaya atau miskin setelah kita mati nanti. Kalau bagus amalan kita, kalau kita rajin sembahyang dan baca Quran, buat segala kebaikan dan tinggalkan segala larangan Allah, IsyaAllah kita akan jadi kaya di akhirat nanti. Jika kita engkar, kita bukan setakat jadi orang miskin dan terhina, malah kita akan jadi penghuni neraka (Nauzubillahiminzaalik) .Justeru, memang benarlah bahawa kita ini orang miskin. Maha Kaya Allah yang telah meminjamkan sedikit kekayaannya kepada kita agar kita berfikir dan bersyukur.

Wednesday, April 1, 2009

April Fool

Budak-budak sekarang, asal saja 1 April, bila cikgu masuk kelas, ada-ada saja perkara 'fool' yang dibuat misalnya meletakkan lipan plastik atas meja cikgu dan sebagainya, kononnya nak bergurau dan mem'fool'kan cikgu. Lepas tu mereka ketawa ramai-ramai. Mereka tidak sedar sebenarnya itulah tarikh keramat dalam sejarah tanahair apabila orang Melayu berjaya mem'fool'kan British pada hari pengisytiharan Malayan Union. Ketika itu, di King's House, Sir Edward Gent and the gang berasa sangat seronok kononnya itulah tarikh Sir Edward Gent akan dilantik sebagai Gabenor Malayan Union. Tetapi, disebabkan raja-raja , pembesar dan rakyat semua bersatu dengan memulaukan majlis tersebut, maka Malayan Union berjaya digagalkan. Itulah baru dikatakan April Fool. Orang Melayulah yang paling menghayati makna sebenar April Fool, walaupun istilah itu asalnya dari Barat. Syabas kepada nenek moyang kita yang tidak mensia-siakan tarikh 1 April 1946, tarikh keramat dalam sejarah tanahair.

Thursday, October 23, 2008

Super Woman

Orang perempuan selalu cakap kerja mereka tak pernah habis. Dari mula celik mata hingga tidur semula, pun tak habis-habis kerja. Dari pejabat hingga balik ke rumah semula, tak sudah-sudah dengan kerja. Itulah wanita. Semua kerja diborongnya, bukan tamak tapi memang kena buat. Di tempat kerja, kita hebat. Wanita berkerjayalah katakan. Balik rumah, siap! Kitalah tukang cuci, tukang kemas, tukang sapu, tukang masak, tukang entah apa-apalah lagi yang menampakkan memang kita ini memang super. Itulah wanita. Kepada kaum lelaki, kalau malas nak tolong, tabik springlah sikit sekali-sekala. Cian kami ni ...

Apapun, kepada kaum wanita...jika berdepan dengan situasi begini, banyakkanlah bersabar, jangan merungut/mengeluh kerana ganjaran di sisi Allah sangatlah besar.Fatimah, anak baginda Rasulullah s.a.w sendiri melakukan semua kerja rumahtangganya, apatah lagi kita ini...sabar dan ingatlah, janji Allah adalah benar.