Wednesday, September 10, 2008

Harta Pusaka

Satu lagi cerita pelik. Pasal anak-anak yang suka berebut harta pusaka ibu bapa. Itukan hasil titik peluh ibu bapa kita, kita dibesarkan oleh ibu bapa kita, cukup makan minum pun sudah dikira bagus. Apa hak kita untuk berebut harta itu.Memang kita ada hak, tapi jangan sampai berebut. Biarlah mereka tenang di sana.Janganlah kita adik-beradik bergaduh kerana harta pusaka.Takkanlah kerana harta itu kita tak boleh teruskan hidup.Kita dikurniakan tenaga 4 kerat, berusahalah. Harta yang kita nak rebut itupun bukanlah banyak sangat. Tak berbaloi nak bergaduh kerananya. Hubungan kekeluargaan jauh lebih berharga daripada harta benda. Harta akan habis apabila tiba masanya, tapi hubungan kekeluargaan membawa sampai ke mati. Apabila kita susah, tak semestinya harta benda boleh membantu kita. Sebaliknya, keluarga akan cuba sedaya upaya menolong kita. Itulah bezanya antara harta dan keluarga. Jadi, jika kita diberi 2 pilihan sahaja, pilihlah. Harta pusaka atau adik-beradik?.


No comments: