Orang perempuan selalu cakap kerja mereka tak pernah habis. Dari mula celik mata hingga tidur semula, pun tak habis-habis kerja. Dari pejabat hingga balik ke rumah semula, tak sudah-sudah dengan kerja. Itulah wanita. Semua kerja diborongnya, bukan tamak tapi memang kena buat. Di tempat kerja, kita hebat. Wanita berkerjayalah katakan. Balik rumah, siap! Kitalah tukang cuci, tukang kemas, tukang sapu, tukang masak, tukang entah apa-apalah lagi yang menampakkan memang kita ini memang super. Itulah wanita. Kepada kaum lelaki, kalau malas nak tolong, tabik springlah sikit sekali-sekala. Cian kami ni ...
Apapun, kepada kaum wanita...jika berdepan dengan situasi begini, banyakkanlah bersabar, jangan merungut/mengeluh kerana ganjaran di sisi Allah sangatlah besar.Fatimah, anak baginda Rasulullah s.a.w sendiri melakukan semua kerja rumahtangganya, apatah lagi kita ini...sabar dan ingatlah, janji Allah adalah benar.
Thursday, October 23, 2008
Proses Mengurang dan Menambah
Pada pandangan saya, proses mengurangkan berat badan (makan pil tak masuk dalam perbincangan ini) lebih banyak pilihan dan lebih selamat. Kita boleh bersenam, perbanyakkan ibadah yang melibatkan pergerakan fizikal seperti sembahyang, puasa, mengawal corak pemakanan seperti mengurangkan pengambilan makanan bergula dan berkolesterol tinggi, memakan buah-buahan tertentu (mangga, nenas, epal, jambu dll. Tapi awas! Jangan makan pisang kerana ia mengandungi banyak kolesterol ) setengah jam sebelum mengambil makanan berat, perbanyakkan meminum air masak terutamanya air suam, elakkan minum ais, kurangkan tidur pada siang hari, membantu isteri/ ibu melakukan kerja-kerja rumah dan pelbagai kerja lagi yang orang perempuan selalu sebut kerja tak habis-habis. Sebaliknya proses menambahkannya amat sukar dan berisiko. Kalau terlebih makan atau tidur, takut mengundang penyakit. Kalau terlebih rehat, takut kerja-kerja rumah tak terurus. Jadi, apa pandangan anda?
Mengurang atau Menambah?
Mana yang lebih senang? Mengurang atau Menambah? Ada orang cukup senang mengurangkan sesuatu. Sebaliknya amat sukar menambahkannya. Itulah adat hidup. Sangat senang menghabiskan sesuatu, tapi nak mengumpulkannya kembali agak sukar terutamanya harta benda. Tapi, bagaimana dengan berat badan? Agaknya mana yang lebih senang. Nak mengurang atau menambah? Bagi kami golongan yang kurus-kurus ni rasa susah sangat nak menambahkan berat badan. Sebaliknya bagi rakan yang berisi tu, katanya susah pula nak menurunkan berat badan. Apa pandangan anda?
Monday, October 6, 2008
Kek Lapis Sarawak
Satu lagi yang menyebabkan saya rasa nak tabik spring sangat-sangat, bila tengok kek lapis yang orang-orang Sarawak buat. Berlapis-lapis dan bersilang-silang. Bukan setakat cantik, sedap pula tu.Rasanya inilah kek yang paling sedap di dunia. Kalau pergi mana-mana ceruk rantau pun, takkan dapat jumpa kek yang sesedap kek lapis Sarawak. Saya tabik sangat ni bukan apa, sebab mengenangkan betapa sabarnya mereka mengolah kek tersebut. Bukan senang nak buat tu.Hanya orang yang sabar dapat melakukannya. Tak rugi jauh-jauh saya merantau...dapat juga merasa kek lapis Sarawak.
Subscribe to:
Posts (Atom)